FOREX

      Soalan yang paling ramai orang bertanya masa kini kerana selalu dengar dan lihat bagaimana mereka menjana wang dengan FOREX sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Dengan adanya kemajuan teknologi hanya dengan sebuah komputer, internet juga smartphone anda sudah mampu untuk memjalankan perniagaan FOREX. Ianya telah menjadi begitu mudah, anda tidak perlu lagi membuat panggilan telefon dan merujuk pada mana-mana bank. Dari rumah anda boleh menjalankan urusniaga FOREX atau semasa anda bercuti dan sebagainya.
.
FOREX adalah pengetahuan dan seni perdagangan mata wang yang berbeza dan boleh membuat keuntungan melaluinya. Apa yang kita tahu bahawa setiap negara mempunyai mata wang sendiri, dan mata wang negara-negara yang berbeza boleh dibeli dan dijual antara satu sama lain. Pedagang Forex adalah mereka yang membuat wang melalui membeli dan menjual mata wang yang berbeza antara satu sama lain. Forex bukan perniagaan baru, dan sejarahnya setua sejarah wang.

Pertama kali anda mendengar tentang Forex terus bermain-main dlm fikiran anda benarkah Forex ini menjanjikan pulangan lumayan. Bermula saja anda mencuba platform Forex samada pada demo atau akaun sebenar dengan melihat chart yang turun dan naik lagi pula hanya perlu pada 2 arahan or order saja BUY bila graf naik dan SELL bila graf turun, anda merasakan betapa mudahnya untuk berurusniaga Forex dan menjana wang yang banyak. Tambahan pula anda selalu melihat di laman website atau di laman2 sosial iklan dan promote bagaimana mereka peroleh pendapatan lumayan dari Forex, muncul pulak rakan2, sedaramara ke yang ceritakan hasil yang mereka dapat dari Forex. Lagi lah anda rasa teruja! sampai ada yang dah mula berfikir2 utk berhenti kerja dan jadi FTT 'Full Time Trader'

Perniagaan Forex memang menjanjikan pulangan lumayan tapi tidak semestinya anda harus berhenti kerja hanya kerana trade anda win or profit utk satu jangkamasa tertentu.Untuk menjadi FTT anda mesti melalui dan mahir jugak lulus dalam beberapa peringkatbarulah anda boleh pikir2 nk jadi FTT.

Janganlah anda fikir anda akan jadi jutawan dengan Forex hanya kerana anda dengar sembang2 rakan2 or kenalan rakan online anda yang menceritakan kehebatan Forex seolah2 seperti mesin menjana wang dalam masa yang singkat itu.

Sekiranya anda baru langkah pertama dalam biz Forex ni..semestinya anda kena bermula pada tempat yang betul dan pelajari bagaimana professional trader bermula. Biarpun banyak laman2 web yang bagi percuma informasi tentang Forex tapi tidak bermakna ianya boleh membimbing anda menjadi Trader berdisiplin dan berjaya

Anda tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk menjalankan urusniaga FOREX. Seorang trader profesional dan berjaya hanya luangkan masa 1/2 jam ke 1jam sehari di depan komputer bagi mengintai peluang urusniaga FOREX dan menyusun strategi mereka. Selepas pada itu beliau boleh membuat urusniaga atau laksanakan tanggungjawab lain. Jadi anda tidak perlu berhenti kerja dan tidak kira siapakah anda dengan adanya peralatan seperti komputer, smartphone dengan sedikit modal anda sudah mampu membuka bisnes perdagangan matawang(FOREX) sendiri di rumah.


Terdapat syarikat-syarikat broker yang membolehkan anda untuk membeli dan menjual mata wang yang berbeza melalui Internet dan perisian mudah yang dipanggil platform dagangan. Contoh platform dagangan yang popular dan mudah diseliakan dikenali MT4 @ Metatrader 4 juga ada MT5.
Anda perlu mendaftar dengan broker2 ini untuk mencuba dahulu platform dagangan tersebut dengan akaun demo. Setelah anda bersedia untuk menjalankan urusniaga, boleh mendaftar real account dan dengan modal dari akaun anda sendiri anda boleh menjalankan urusniaga. Segala profit @ keuntungan dengan arahan dari anda akan terus dimasukkan dalam akaun anda. 
Segala urusan pendaftaran mempunyai prosedur tertentu bagi pengesahan pemilik akaun spt pengenalan diri, pengesahan alamat, akaun bank, telefon dan juga emel anda, Ini adalah bagi memastikan ciri2 keselamatan pemilik akaun terjamin.  

Walau bagaimana pun anda perlu melakukan sedikit penilaian terhadap broker2 yang agak banyak keluar sekarang ini. Anda boleh minta pandangan dari trader2 lama @ boleh lihat testimoni broker melalui laman sosial @ dari forum2 yang popular di dalam website.

 

No comments:

Post a Comment